19.2.09

Gambar-gambar projek di Jeti Bot Sayong

Kg,Sayong Lembah sedang mengalami perubahan besar pada tebing Sungai yang mendapat namanya sebagai Lembah, dimana akan di buat taman Rekreasi seperti di seberang Kuale,Perubahan besar ini amat dirasa sangat terutama penduduk berhampiran di tebing sungai.Ini merupakan projek fasa pertama,dengor critenye siap fasa pertama ini akan muncul fasa kedua dan ketiga sampai ke jambatan Sayong kat kg Kongsi(orang lama tau le kat jambatan tu nama asalnye KG, KONGSI tempat bot sampan KAJANG belabuh).Perantau yang dah lama tak balik akan terkejut melihat perubahan ini atau akan datang mungkin tiada perkhidmatan bot tambang dimana pengusaha nye telah meninggal dunia(bekas tok ketua Kg)kini diwarisi oleh anaknye.Perkhidmatan bot penambang sudah menjadi tradisi sejak dari dulu lagi.Kutipan hasil dari perkhidmatan semakin berkurangan sejak Jambatan baru di bina.Saya beharap pengusaha bot ini kena cari altenatif lain seperti bot persiaran pelancung sebagai tambahan pada pendapatan harian yang semakin berkurangan.Keadaan semakin berubah,cara perkhimatan bot pun kena berubah mengikut keadaan semasa.Jika tiada perubahan mungkin akan pupus bot tambang ini.....

Tiada ulasan: